Khamis, 26 Mei 2011

Penawar penyakit hati.

" Hati merupakan satu unsur yang unik yang boleh terpengaruh dengan berbagai anasir samada yang baik mahupun yang buruk. Ia juga merupakan unsur penting dalam pembinaan syaksiah seseorang. Sebab itulah Al Quran telah memberikan penekatan yang serius dalam pentarbiahan hati ini.

Hati ini adalah antara dua jari Ar Rahman, maka Allah taala boleh membolak balikkan hati itu seperti mana yang Allah Taala kehendaki. Sesungguhnya hati juga berada di antara dua persimpangan godaan, antara bisikan malaikat dan bisikan syaitan, maka jika hati itu terpengaruh dengan bisikan malaikat maka ia adalah satu perkara yang baik tetapi jikalau hati itu terpengaruh dengan syaitan maka akan terhasillah
ملا يحمد عقباه iaitu sesuatu yang tidak indah hasil balasannya.

Hati itu ada tiga bahagian :

1- Hati yang selamat sejahtera : mereka yang tidak berjaya pada hari akhirat melainkan apa yang di datangkan Allah kepadanya. Firman Allah Taala :

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

Hati yang selamat sejahtera itu ialah sesiapa yang selamat syahwatnya, berpaling dari suruhan Allah Taala dan laranganNya, atau selamat dari segala syubhah yang berlawanan dengan setiap apa yang dikhabarkan olehNya dan selamat kehambaannya dari perkara yang menyengutukanNya. Selamat juga dari berhukum dengan selain dari apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.
Dengan kata lain, hati yang selamat sejahtera ialah mereka yang selamat dari apa yang selain dari Allah iaitu syirik kepadaNya malah mereka yang benar-benar ikhlas kehambaannya kepada Allah Taala dari segenap segi baik dari perbuatan, perkataannya dan lain-lain, ikhlas segala amalannya, kalau bercinta, bercinta kerana Allah, kalau marah, marah keranaNya atau sebagainya.

2- Hati yang mati : hati yang berlawanan dengan yang pertama tadi iaitu mereka yang tidak kenal Tuhannya, tidak melakukan suruhanNya, tidak mencintaiNya dan meredhaiNya malah sentiasa mengikut nafsu syahwatnya walaupun ianya merupakan kemurkaan Allah. Pengabdiannya kepada selain dari Allah dari segenap segi, setiap perkara, kalau ia bercinta, bercinta kerana hawa nafsu semata, kalau marah, marah kerana hawa nafsunya, dan banyak lagi contoh yang menunjukkan hati yang mati ini. Kita berlindung dengan Allah agar dijauhkan dari tergolong di kalangan orang-orang yang mati hatinya.

3- Hati yang sakit : iaitu hati yang hidup tetapi ada cacatnya.
Ia mengandungi dua unsur yang berlawanan, pada satu ketika ia baik dan pada ketika yang lain pula ia buruk. Adakalanya di satu sudut hati itu di dalam keadaan cintakan Allah Taala, beriman denganNya, ikhlas kepadaNya dan sentiasa bertawakal kepadaNya dalam setiap perkara. Dari sudut yang lain pula hati itu di dalam keadaan suka mengikut hawa nafsu, serta sering cenderung kepadanya.

Penawar bagi kesemua jenis penyakit hati ini terkandung di dalam Al Quran. Firman Allah Taala :

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.

FirmanNYa lagi :

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Penyakit hati ada dua bahagain

1- Bahagian yang tidak menyakitkan diri seseorang di dalam sesuatu keadaan seperti jahil, syubhat dan syak. Ia merupakan penyakit hati yang paling bahaya. Tetapi hati yang rosak bukan dari kategari ini.

2- Bahagian yang menyakitkan diri seseorang di dalam sesuatu keadaan iaitu seperti sedih, sayu, dukacita, marah dan sebagainya. Penyakit ini boleh dihilangkan dengan menghilangkan sebab musababnya dan sebagainya.

Penawar penyakit hati ada empat perkara :

1- Dengan Al Quranul Karim; merupakan ubat paling berkesan ketika mana hati di dalam keadaan syak, yang boleh menghilangkan padanya dari syirik dan kotoran kekufuran serta penyakit syubhad dan syahwat.
Petunjuk bagi sesiapa yang belajar dengan sebenar dan beramal dengannya, merupakan rahmat bagi orang mukmin.

Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat).

2- Mengubati penyakit hati dengan tiga perkara :
i- Menjaga hati dengan kekuatannya iaitu dengan keimanan, amal soleh dan amal yang membawa kepada ketaatan.
ii- Benci atau menjauhi dari kemudaratan iaitu dengan menjauhi dari setiap maksiat dan perkara yang berlawanan syariat.
iii- Menyucikan diri dari perkara yang buruk iaitu dengan taubat dan istigfar.

3- Mengubati penyakit hati yang dikuasai oleh nafsu keatasnya. Ia ada dua penawar; iaitu muhasabah dan mukhalafah.

Muhasabah ada dua bahagian :

i- Bahagian sebelum amal.
• Adakah amal itu mampu untuk dilakukan ?
• Adakah amal itu juka dilakukan baik dari meninggalkannya?
• Adakah amal itu dilakukan kerana Allah?
• Adakah amal ini memerlukan pertolongan dan adakah amal itu ada orang yang boleh menolongnya sekiranya amal itu memerlukan pertolongan.
ii- Bahagian selepas amal.
- Muhasabah diri dari sudut ketaatan iaitu meninggalkan segala hak-hak Allah dan tidak melakukan apa yang dituntut olehNya. Antara hak Allah itu ialah seperti ikhlas, nasihat, mutaba’ah dan sebagainya.
- Muhasabah diri pada setiap amalan yang jika ditinggalkan lebih baik dari melakukannya.
- Muhasabah diri pada setiap amalan yang harus dan biasa apabila dilakukan. Adakah ia mahukan Allah dan hari akhirat maka ia mendapat ganjaran atau ia mahukan dunia maka jadilah ia seorang yang rugi.

Semua muhasabah ini hendaklah dimulai dengan perkara-perkara faraid, kemudian disempurnakan sekiranya kurang, selepas itu muhasabah perkara yang dilarang, jika ia tahu ia membuat keburukan hendaklah ia bertaubat. Kemudian muhasabah perkara yang harus atau perkara yang melalaikan.

4- Mengubati penyakit hati dari syaitan :
Syaitan merupakan musuh bagi insan dan untuk berlepas diri darinya, sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah melalui isti’azah (
الاستعاذة). Nabi S.A.W pula telah menggabungkan isti’azah ini, iaitu berlindung dari keburukan nafsu dan keburukan syaitan sebagaimana sabdanya :

قال عليه الصلاة والسلام :

قُلْ اللَّهُمَّ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِي سُوءًا أَوْ أَجُرَّهُ إِلَى مُسْلِمٍ. قَالَ قُلْهَا إِذَا أَصْبَحْتَ وَإِذَا أَمْسَيْتَ وَإِذَا أَخَذْتَ مَضْجَعَكَ.

Isti’azah, tawakkal dan ikhlas, semuanya boleh menghalang dari dikuasai oleh syaitan.


Pena
war jika hati sedih.

Baca doa ini :

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَصَابَ أَحَدًا قَطُّ هَمٌّ وَلَا حَزَنٌ فَقَالَ :
اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي إِلَّا أَذْهَبَ اللَّهُ هَمَّهُ وَحُزْنَهُ وَأَبْدَلَهُ مَكَانَهُ فَرَجًا.

Atau pun :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan